Rabu, 24 Jun 2009

KURSUS AKUAKULTUR

OBJEKTIF KURSUS

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Meningkatkan kemahiran penternak/pengusaha dengan kaedah dan amalan baik akuakultur yang moden dan mampan.

2. Meningkatkan produktiviti hasil ladang.

3. Memindahkan teknologi akuakultur kepada penternak/pengusaha.

4. Menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada penternak/pengusaha akuakultur.

KELAYAKAN PEMOHON

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur di antara 18 hingga 60 tahun.

3. Mempunyai kesihatan yang baik.

4. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.

5. Belia digalakkan memohon.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Penginapan.

2. Makanan dan minuman.

PERMOHONAN

~~~~~~~~~~~~~~~

1. Permohonan hendaklah dibuat malalui Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri yang berhampiran dengan projek akuakultur
2. Menggunakan
Borang KA1/04(pin3/2006) yang boleh diperolehi dari Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri atau dimuat turun daripada laman web ini.
3. Borang hendaklah diisi dengan lengkap serta dimajukan semula ke pejabat tersebut e
nam minggu sebelum kursus dijalankan.
4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
5. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran oleh Pusat-Pusat Latihan.

Organisasi yang berminat untuk menghantar penyertaan secara berkumpulan bolehlah mengemukakan permohonan bertulis kepada
Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya dan kursus akan dijalankan mengikut kemampuan pusat latihan.

Permohonan hanya sah untuk tahun semasa. Permohonan semula perlu dibuat untuk tahun berikutnya.

Wisma Tani, Aras 1 - 7

Blok Menara, Lot 4G2, Presint 4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62628 Putrajaya

Tel : 03—88704000 ext 4652

Fax : 03—88891052

E-mel : hqhelp@dof.gov.my

Untuk Pertanyaan sila hubungi :

1. Pn. Siti Fatimah Bt Arsa : 03 - 8870 4650

2. Pn. Wan Norlaila Bt Wan Ibrahim : 03 - 8870 4651

3. En. Mohd Nor Affendi B. Abdul Aziz : 03 - 8870 4641

Sabtu, 20 Jun 2009

Bimbingan dan Latihan

Institusi Latihan Jabatan dan Agensi

Pada tahun 2005 sebanyak lima (5) buah institusi latihan Jabatan dan Agensi telah dapat ditauliahkan oleh MLVK bagi mengendalikan pelaksanaan latihan kemahiran mengikut bidang pertanian.

Kursus - kursus yang dijalankan adalah bercorak sepenuh masa selama enam (6) bulan bagi tahap 1 dan 2. Sementara tahap 3 dua belas (12) bulan dan tahap 4 selama 1 tahun dengan tambahan 3 bulan (latihan industri). Bidang latihan kemahiran pertanian yang dilaksanakan mengikut Tahap 1, 2 dan 3 di adakan di semua Pusat-pusat Latihan Bertauliah di Jabatan / Agensi dan Kolej Pertanian Malaysia seperti di bawah:

Bidang dan Tahap:

1. Tanaman - Sayuran dan Buahan : Tahap 1, 2, 3 & 4

2. Ternakan - Ruminan : Tahap 1, 2, 3 & 4

3. Perikanan - Akuakultur dan Pukat Jerat : Tahap 1, 2, 3 & 4

4. Pemprosesan Makanan : Tahap 1, 2, 3 & 4

5. Pemasaran : Tahap 2, 3 & 4

Institusi latihan mengikut Jabatan dan Agensi yang telah ditauliahkan seperti di bawah.

Pusat Latihan Yang Menjalankan Latihan Kemahiran:

Institusi Latihan Bidang Latihan

1. Inst. Pertanian Kuala Lipis, Pahang. Tanaman (Sayur dan Buahan)

2. Inst. Perikanan Chendering, Kuala Terengganu, Tereangganu. Perikanan (Pukat Jerut)

3. Pusat Penyelidikan dan Pengeluaran Benih Udang Kebangsaan, Kampong Pulau Sayak,
Kedah. Perikanan (Akuakultur)

4. Inst. Haiwan Kluang, Johor Ternakan (Ruminan)

5. Inst. Kemajuan Ternakan Ayam, Johor Bahru, Johor Ternakan (Poultri)

6. Pusat Latihan MARDI, Serdang, Selangor Pemprosesan Makanan