OBJEKTIF KURSUS
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Meningkatkan kemahiran penternak/pengusaha dengan kaedah dan amalan baik akuakultur yang moden dan mampan.
2. Meningkatkan produktiviti hasil ladang.
3. Memindahkan teknologi akuakultur kepada penternak/pengusaha.
4. Menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada penternak/pengusaha akuakultur.
KELAYAKAN PEMOHON
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
3. Mempunyai kesihatan yang baik.
4. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
5. Belia digalakkan memohon.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Penginapan.
2. Makanan dan minuman.
PERMOHONAN
~~~~~~~~~~~~~~~
1. Permohonan hendaklah dibuat malalui Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri yang berhampiran dengan projek akuakultur
2. Menggunakan Borang KA1/04(pin3/2006) yang boleh diperolehi dari Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri atau dimuat turun daripada laman web ini.
3. Borang hendaklah diisi dengan lengkap serta dimajukan semula ke pejabat tersebut enam minggu sebelum kursus dijalankan.
4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
5. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran oleh Pusat-Pusat Latihan.
Organisasi yang berminat untuk menghantar penyertaan secara berkumpulan bolehlah mengemukakan permohonan bertulis kepada
Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya dan kursus akan dijalankan mengikut kemampuan pusat latihan.
Permohonan hanya sah untuk tahun semasa. Permohonan semula perlu dibuat untuk tahun berikutnya.
Wisma Tani, Aras 1 - 7
Blok Menara, Lot 4G2, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62628 Putrajaya
Tel : 03—88704000 ext 4652
Fax : 03—88891052
E-mel : hqhelp@dof.gov.my
Untuk Pertanyaan sila hubungi :
1. Pn. Siti Fatimah Bt Arsa : 03 - 8870 4650
2. Pn. Wan Norlaila Bt Wan Ibrahim : 03 - 8870 4651
3. En. Mohd Nor Affendi B. Abdul Aziz : 03 - 8870 4641
Tiada ulasan:
Catat Ulasan